0

Your Cart is Empty

Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam (Malay)

2 items left

Makanan ialah makanan yang digunakan bagi menyediakan sokongan nutrisi untuk tubuh badan manusia. Biasanya ia terdiri daripada tumbuhan dan haiwan, serta mengandungi nutrien penting seperti lemak, protein, vitamin dan mineral. Bahan ini dimakan oleh organisma dan diserap oleh sel-sel badannya untuk ditukarkan kepada tenaga, mengekalkan kehidupan, serta merangsang pertumbuhan.

Bagi mencapai natijah optimum dari sumber makanan yang diambil, Islam mengajar umatnya tentang pemakanan yang baik. Hal ini boleh diertikan sebagai gizi yang halal dan mendatangkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia. Alangkah indahnya agama ini, bukan sahaja menunjukkan jalan supaya memilih makanan yang baik kepada jasmani, bahkan menyuruh agar memastikan makanan itu benar-benar halal demi menjaga aspek rohani.

"Allah SWT yang telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah SWT dengan jelas dalam Al-Quran. Allah SWT menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudia dipisahkan menjadi langit dan bumi. Segala ciptaan Allah SWT mempunyai manfaat yang banyak bukan sahaja kepada manusia, haiwan, mahupun tumbuhan"

Mengapakah anda perlu memiliki buku ini:

- Dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat Al Quran dah hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan makanan

- Memperkenalkan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan di sekeliling kita

- Boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian bidang berkaitan

- Menyediakan panduan kepada pengamal perubatan alternatif

- Perkongsian maklumat bersama seisi keluarga dan rakan-rakan