Sale

Kembara Mahsyar

 

Dua buah buku Kembara Mahsyar yang dibungkus khas di dalam sebuah kotak eksklusif yang terdapat 9 barang di dalamnya.

1 x Kembara Mahsyar (Buku 1)
1 x Kembara Mahsyar (Buku 2)
1 x Kad Talqin
1 x Kad Wasiat
1 x Penanda Buku 1
1 x Penanda Buku 2
1 x Peta Kembara Mahsyar
1 x Poskad Quotes
1 x Kalendar Meja 2021


_________________________________________________________________________

 

Kembara Mahsyar (Buku 1)
Menceritakan bermula dari Alam Roh sehingga ke Hari Kiamat
Terdapat 200 muka surat
Buku berwarna dan terdapat poster-poster yang menarik di dalamnya

Kembara Mahsyar (Buku 2)
Menceritakan bermula dari Hari Kebangkitan sehingga ke Syurga
Terdapat 200 muka surat
Buku berwarna dan terdapat poster-poster yang menarik di dalamnya

_________________________________________________________________________

 

Bukan hanya perlu memikirkan kehidupan di dunia sahaja, malah kehidupan selepasnya juga perlu dititikberatkan. Inilah buku Kembara Mahsyar yang ditulis oleh Faris Zulkharnane. 

Buku yang padat dengan ilmu tentang perjalanan terakhir manusia untuk berjumpa dengan sang pencipta. Buku 1 yang berkisah mengenai pengembaraan manusia dari permulaan kehidupan, iaitu alam roh. 

Buku 2 pula menceritakan pengakhiran pengembaraan dan persediaan menemui Tuhan. Isi yang menarik untuk bacaan umum dan dapat menginsafkan diri.  

 

_________________________________________________________________________

 

Rasai Pengembaraan Ke Alam Selepas Mati

Buku Kembara Mahsyar ini akan membawa kita merentasi 15 destinasi. Bermula dari Alam Roh, tempat dimana kita semua dikumpulkan seterusnya kita akan pergi ke Alam Kandungan. Kemudian kita akan singgah sementara di Alam Dunia sebelum kita mulakan pengembaraan kita menuju ke Alam Barzakh.

Kita akan melihat bagaimana dahsyatnya Hari Kiamat. Kemudiannya kita akan dibangkitkan kembali pada Hari Kebangkitan dan menuju ke Padang Mahsyar. Kita akan melihat bagaimanakah keadaan dan seksanya di Padang Mahsyar dalam suatu tempoh waktu yang sangat panjang, sehinggalah mendapat Syafa’at daripada Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam agar dipercepatkan proses Hisab.

Kemudiannya, tatkala kita melakukan Penyerahan Catatan Amal, adakah dengan tangan kanan ataupun tangan kiri? Bagaimanakah pula ketika amalan kita ditimbang di Mizan, adakah pahala ataupun dosa yang akan memberatkan timbangan? Terpilihkah kita untuk meminum air daripada Telaga Al-Kauthar? Dan akhirnya tibalah kita di Titian Sirat yang halus lagi tajam itu. Bagaimanakah keadaan kita ketika melaluinya nanti. Jika berjaya, maka kita akan terus menuju ke Syurga. Akan tetapi kalau tergelincir, maka terjatuhlah kita ke dalam Neraka menerima azab siksa yang tidak terperi, selama-lamanya tiada henti.

_________________________________________________________________________


Sebuah Pengembaraan Menuju Tuhan

Kembara Mahsyar ialah sebuah buku pengembaraan yang akan membawa kita mengembara dari satu alam ke satu alam yang lain. Bermula dari Alam Roh yang mana kita diciptakan sehinggalah ke Alam Mahsyar yang akan menjadi penentuan.

_________________________________________________________________________

 

Buku Wajib Dibaca Sebelum Mati

Kenapa buku Kembara Mahsyar ini WAJIB dibaca sebelum kita mati? Pernah atau tidak kita tahu selepas kita mati nanti ke mana kita akan pergi? Apakah alam-alam yang bakal kita tempuhi. Bagaimanakah keadaannya disana nanti? Buku Kembara Mahsyar ini akan menceritakan gambaran perjalanan kehidupan seorang manusia sejak daripada sebelum mereka dilahirkan lagi sehinggalah Syurga. Amatlah penting untuk kita mengetahui destinasi-destinasi selepas kita mati nanti supaya kita dapat membuat persiapan yang lebih rapi sebelum kita tiba di sana nanti.

_________________________________________________________________________

 

Pemenang Anugerah Buku Negara

Buku Kembara Mahsyar telah memenangi Anugerah Buku Negara (Buku Umum Terbaik Kategori Agama).