0

Your Cart is Empty

Muhammad SAW, Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan & Ciri-Ciri Pencinta Nabi

Muhammad SAW, Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan

Buku ini menerangkan tentang keperibadian Nabi Muḥammad serta ciri-ciri baginda. Aspek yang banyak ditekankan dalam buku ini ialah bagaimana cara baginda berinteraksi dengan hal-hal yang di sekliling baginda, seperti bagaimana baginda berinteraksi dengan musuh, golongan munafik, para sahabat baginda, kanak-kanak, para wanita, anak-anak yatim dan lain-lain.

Selain itu buku ini juga menceritakan tentang aspek keperibadian baginda seperti pakaian baginda, makanan baginda, tidurnya baginda, suka dan duka baginda dan lain-lain, Oleh itu, buku ini adalah serba sedikit sebagai panduan untuk kita tentang bagaimana untuk kita mencontohi Nabi Muḥammad dalam aspek-aspek tersebut.

 

Ciri-ciri Pencinta Nabi

Sesungguhnya mencintai Nabi Muhammad SAW merupakan asas kepada iman. Terdapat banyak teks wahyu yang menunjukkan kewajipan tersebut. Namun, tidak kurang juga masih ramai yang mengaku cinta kepada Nabi, tetapi cintanya itu hanya sebagai pemanis mulut sahaja dan terhad kepada skop yang sempat.

Maka, buku ini membahaskan tiga skop perbincangan, iaitu kewajipan mencintai Nabi mengatasi segala makhluk, ganjaran bagi orang yang mencintai Nabi dan ciri-ciri yang benar seorang yang mengaku cinta kepada Nabinya. Ciri-ciri tersebut termasuklah bersungguh-sungguh ingin melihat dan menemani Nabi sehinggakan kehilangan kedua-dua peluang tersebut terasa lebih berat berbanding kehilangan apa sahaja di dunia.

Selain itu, antara ciri penting seorang pencinta Nabi adalah sanggup mengorbankan nyawa dan harta benda demi Rasulullah, mematuhi segala arahan dan meninggalkan segala larangan Baginda, dan yang terakhir, menghidupkan Sunnah Nabi dan mempertahankan syariat. Banyak kisah-kisah yang dinukilkan daripada para Sahabat Nabi sebagai bukti kecintaan mereka kepada Nabi.

Setelah membaca buku ini, pembaca boleh bermuhasabah, adakah cinta yang kita ucapkan itu benar?