Sale

Kursus Pengurusan Jenazah (Malay)

Dalam menguruskan jenazah orang-orang Muslim ia merupakan tuntunan Fardhu Kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang-orang muslim, maka yang lain terlepas dari hukum berdosa. Akan Tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang muslim dalam satu kariah atau satu kampung akan menanggung dosa.

Justeru itulah mempelajari ilmu dan cara menguruskan jenazah itu dituntut.

Sedaif-daifnya setiap kampung atau kariah dan satu atau dua jemaah yang dapat menguruskan jenazah orang-orang muslim. Hal inilah diutamakan menerusi buku panduan yang disajikan ini untuk menimbulkan rasa kesedaran bahawa setiap individu muslim itu tahu hal ehwal mengenai pengurusan sesuatu jenazah.

Moga-moga buku ini dapat memberi panduan yang manfaat kepada orang-orang mukmin sekaliannya.