0

Your Cart is Empty

Tips Keluarga Islam Bahagia

June 25, 2019 4 min read 3 Comments

"Dan di antara mereka ada yang berdoa: `Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka!" (2:201)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Rahmat kesejahteraan ke atas Nabi yang terakhir, Muhammad bin Abdullah, sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran: “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti luhur”. Sebagaimana juga yang pernah dijamin melalui kata-kata isteri baginda saw, Khadija r.a, “..kerana engkau (Muhammad) berkata yang benar, engkau amanah bila diberi kepercayaan, engkau menanggung kepayahan-kepayahan orang lain, engkau menggunakan hidupmu untuk amal-amal yang baik yang mana darinya engkau peroleh keuntungan, engkau peramah dan membantu orang sekelilingmu”.

Tiada sesiapa di atas muka bumi ini mempunyai akhlak yang sangat terpuji dan tiada juga sesiapa yang dapat menyatakan secara yakin tentang dirinya sendiri, “Yang terbaik di kalangan kamu ialah yang paling baik dengan keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku berbanding dengan kalian”. (Tirmidhi, Sahih). Mari kita terokai beberapa pengajaran dari pemuda yang sempurna ini, selawat dan salam ke atas Baginda saw dan keluarga.

Memilih pasangan yang betul

Keluarga bahagia yang berjaya bermula dari pemilihan pasangan hidup yang betul. Allah swt berfirman di dalam Al-Quran, ertinya; “…mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka…” (2:187). Sebagaimana kita berhati-hati di dalam memilih apa untuk dipakai (untuk perhiasan, keselesaan, perlindungan, dsb) begitu juga halnya kita perlu berhati-hati di dalam memilih pasangan.

Nabi Muhammad saw bersabda: Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Al-Bukhaari (4802) and Muslim (1466). Terlalu banyak contoh yang menunjukkan bagaimana keluarga berpecah-belah kerana tiada keserasian di antara pasangan, oleh kerana itu, pilihlah secara berhemah dan teruskan proses selepas itu dengan mengikut cara Islam sebaik-baiknya.

Kasih sayang dan perhatian murni buat keluarga

Keluarga bahagia memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan dan anak-anak merupakan sumber datangnya rahmat Allah swt sebagaimana yang kita lihat dari riwayat Abu Hurairah r.a yang berikut, beliau berkata bahawa Rasulullah saw mencium Al-Hasan bin Ali ketika Al-Aqra’ at-Tamim sedang duduk bersebelahan Baginda saw. Al-Aqra’ berkata, “Saya mempunyai sepuluh orang anak dan saya tidak pernah mencium walau seorang dari mereka, “Rasulullah saw melontarkan pandangan kepada beliau dan bersabda, “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi” (Sahih al-Bukhari 5997).

Menghujani anak-anak kita dengan barangan-barangan berjenama atau membelikan mereka telefon bimbit terkini bukanlah cara untuk mempamerkan kasih sayang kita buat mereka, malah ini boleh memberikan kesan negatif serta menggalakkan mereka bersifat dengan sifat sombong dan menunjuk-menunjuk. Ini juga membuka pintu-pintu Shaytan melalui penggunaan Internet tanpa kawalan.

Berilah masa anda buat mereka, masa merupakan aset yang paling berharga. Sediakan buat mereka hidangan makanan sihat daripada hanya memesan makanan segera dari restauran. Bantu mereka dalam menyelesaikan tugasan sekolah. Hanya dengan cara ini kita dapat benar-benar membina hubungan yang baik dengan mereka.

Dampingi keluarga anda dengan aktiviti-aktiviti Ibadah

Adakalanya kita menyangka bahawa satu-satunya aktiviti ibadah ialah hanya dengan menunaikan solat atau berpuasa. Sedangkan definisi ibadah adalah sangat luas. Di rumah misalnya, izinkan anak-anak menonton hanya siri-siri dan kartun berunsur Islam yang mendidik. Kebanyakan tayangan di tv sekarang dicipta oleh golongan yang cetek agama bahkan anti Islam dengan tujuan mempengaruhi pemikiran anak-anak Islam. Benarkan anak-anak menggunakan Internet tetapi dalam suasana terbuka seperti di ruang tamu, di mana paparan skrin boleh diperhatikan oleh semua.

Jadikan rutin harian doa-doa lazim seperti doa ketika terjaga dari tidur, doa sebelum tidur, doa keluar masuk tandas, sebelum makan, serta doa sebelum mengenakan pakaian dan sebagainya. Dengan cara ini, perbuatan biasa juga bakal menjadi sebahagian ibadah. Tatkala Sayyidatina Aishah r.a, isteri kepada Rasulullah saw ditanya, “Apakah yang biasanya Nabi Muhammad saw buat di rumah?” Beliau menjawab: “Baginda biasanya sibuk melayan keluarganya dan pabila telah masuk waktu solat, Baginda akan pergi untuk solat” (Bukhari).

Apabila kita keluar bersama keluarga, aturkan juga untuk tidak hanya ke restoran-restoran and wayang, malah pergilah ke masjid-masjid, tanah perkuburan, melawat orang sakit dari kalangan sanak-saudara dan sahabat handai, menziarahi anak-anak yatim di rumah tumpangan – lawatan sebegini akan dapat memupuk dalam diri kita dan anak-anak rasa bersyukur yang mendalam terhadap Allah swt atas limpah ruah ni’mat yang diberikan.

Menghindarkan diri dari dosa dan perbuatan yang tidak bermoral

Dosa bakal membawa kepada perpecahan dan menghapus keberkatan. Kita semua memerlukan hiburan, itu adalah benar, tetapi membenarkan kelakuan yang tidak bermoral atas nama hiburan adalah satu kesalahan yang besar. Allah swt berfirman di dalam Al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (66:6).

Adakalanya kita berhati-hati terhadap anak-anak kita dan menjaga mereka dari kejahatan dan dosa akan tetapi malangnya kita juga terlibat dengan perkara yang mendatangkan dosa dan tidak bermoral. Kita menipu diri sendiri dengan mengatakan bahwa kita telah dewasa dan mampu untuk menanganinya atau mampu untuk bertanggungjawab terhadap kelakuan tersebut walhal akhirnya dosa tetap dikira dosa walau bagaimana kita cuba untuk mempertikaikannya. Dosa-dosa serta perbuatan keji akan mengambil keberkatan dari rezki dan bakal mengundang ke arah hidup yang malap dan tidak diberkati.

Dampingi diri kita dengan sahabat-sahabat yang baik, maafkan orang lain, pupuk minat dalam hobi-hobi yang bermanfaat, seperti bercucuk tanam, berbasikal, bertukar cerita asal usul setiap keluarga, makan malam bersama sambil mengekalkan diet yang sihat dalam keluarga,Mengekalkan diet seimbang di kalangan ahli keluarga dan berusaha meneruskan gaya hidup sihat dalam keluarga dan tempat kerja, merupakan salah satu ciri keluarga bahagia.

Akhir sekali, sesiapa pun perlu ingat bahwa Allah swt adalah sumber bagi semua kebahagiaan. Sebuah keluarga Islam yang bahagia, disepadukan dengan permulaan memilih calon pasangan yang sesuai, mendampingi keluarga dengan kasih dan perhatian, menyertakan ahli keluarga dalam aktiviti yang mendatangkan banyak pahala. Semoga Allah mengurniakan kepada kita sebuah keluarga Islam yang bahagia.

Amin.

"Dan di antara mereka ada orang yang mendoa: `Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka!" (2:201)

Our Recommendations

Sold out

Sold out

Sold out

Sold out


3 Responses

oeYPymIM
oeYPymIM

September 26, 2020

PywUjlMXeo

tpKYSqXvihwe
tpKYSqXvihwe

July 26, 2020

rYhTBqNW

nEogctBrKiJykeTl
nEogctBrKiJykeTl

July 26, 2020

JmAvVheRS

Leave a comment