"Kurma Ajwa’ itu berasal dari Syurga, ia adalah ubat dari racun."
June 25, 2019 3 min read 9 Comments
"Kurma Ajwa’ itu berasal dari Syurga, ia adalah ubat dari racun."
Apakah sebenarnya yang terkandung dalam butir-butir mutiara hitam ini hingga ia dijadikan sebagai satu amalan dalam pemakanan Rasulullah s.a.w?Berikut adalah manfaat kurma yang dijelaskan menurut hadith, antara lain:
Memakan 7 buah kurma dapat menangkal racun dan sihir
Diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqash, dari Nabi Muhammad saw bersabda ‘Barangsiapa mengkonsumsi kurma Ajwa’ pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau sihir'.- HR Bukhari and Muslim.
Ajwa’ merupakan salah satu jenis kurma yang berasal dari Madinah, merupakan kurma yang terbaik dari seluruh jenisnya. Bentuknya sangat elok, padat dan agak keras, namun termasuk kurma yang paling enak, harum dan pejal.Biasanya jika anda mencarinya di pasaraya, harga kurma Ajwa’ adalah yang paling tinggi berbanding yang lain.
Kurma Ajwa berasal dari syurga
Sabda Rasulullah saw : "Kurma Ajwa’ itu berasal dari Syurga, ia adalah obat dari racun".- HR Ibnu Majah dengan sanad yang shahih.
Kurma mencegah pemiliknya dari kelaparan
Sebagaimana sabda Nabi saw: ‘Rumah yang tidak ada tamar (kurma kering) di dalamnya, akan membuatkan lapar penghuninya’. -HR Muslim no. rujukan 2046
Di dalam Hadith yang lain ada mengatakan:“Rumah yang tidak ada tamar (kurma kering) di dalamnya, seperti rumah yang tidak ada makanan di dalamnya' - HR. Ibnu Majah no. rujukan 3328
Terdapat banyak lagi hadith-hadith yang menceritakan kebaikan kurma.
Cara Rasulullah S.A.W Memakan Kurma
Dari segi manfaat kesihatan, orang yang berpuasa memerlukan zat gula di dalam kurma yang mana mudah diserap oleh darah, lambung dan usus. Zat gula (glukosa dan fruktosa) memerlukan waktu 5-10 minit untuk diserap dalam usus manusia ketika dalam keadaan kosong. Sehingga waktu tersebut dapat digunakan sementara untuk menjalankan solat Maghrib. Kurma merupakan makanan terbaik bagi mereka yang berbuka puasa.
Jika kita merujuk kepada sejarah, kurma juga merupakan buah yang dianjurkan kepada Maryam a.s semasa mengalami kepayahan untuk melahirkan Nabi Isa a.s. Ini merupakan satu indikasi yang jelas akan manfaat yang terkandung di dalam kurma bagi wanita yang mengandung.
Bagaimana untuk menjadikan kurma salah satu diet harian anak-anak?Terutama bagi anak-anak yang tidak gemar untuk berbuka puasa dengan kurma?
Mudah saja, iaitu dengan memasukkan kurma ke dalam menu harian mereka.Mengisar kurma ke dalam susu, merupakan antara minuman yang enak serta menyegarkan badan.Selain dari menyediakan minuman Nabeez. Nabeez ialah minuman yang mengandungi kurma.Caranya ialah dengan meletakkan kurma ke dalam segelas air minum sebelum tidur semalaman sebelum dijadikan minuman pada hari yang berikutnya.
Kurma juga boleh dihiris dan ditabur ke atas cereal kegemaran anak-anak.Atau dikisar lembut untuk dijadikan jem atau kueh dan biskut.Terdapat banyak lagi cara menarik yang boleh dilakukan dalam penyediaan kurma sebagai makanan harian.
April 08, 2021
https://hcialischeapc.com/ – buy cialis online
March 23, 2021
Muchas gracias. ?Como puedo iniciar sesion?
March 17, 2021
http://ponlinecialisk.com/ – cialis generic
December 30, 2020
Billig Viagra braini buying cheap cialis online nasmib levitra comparatif
September 26, 2020
rphdmnAX
September 26, 2020
HVFsOcMpjrUYd
July 26, 2020
CWaeEQzJsM
July 26, 2020
enCAYbqdhK
eldeseamy
May 23, 2021
buying cialis online reviews